Saya terima voucher ni minggu lepas n dah habis dah pun RM200, hanya tinggal RM50 sahaja.
Beikut adalah buku-buku yang sempat saya grab untuk menambah koleksi minilibrary saya.
Asbabunnuzul RM59 :
Indahnya Politik Cara Islam RM30:
Mauizhah RM28:
FadzilNoor Maestro Siasah dan Dakwah Malaysia RM20 :
Sejarah Gerakan Mahasiswa
Dalam Cerminan Dekad RM20:
Baru-baru ni saya agak terkejut dengan beberapa orang puak UMNO @ BN yang cakap macam ni " Oh, masa kau tak dapat apa-apa kau kutuk-kutuk UMNO @ BN, dah dapat BB1M taknak pulak kau puji balik kan?"
Jawapan saya untuk orang yang macam ni mudah sahaja "Ini bukan duit UMNO @ BN, ini duit kita (rakyat) sendiri yang membayar cukai itu dan ini. Bukan UMNO @ BN juga yang memberi duit ini, tapi Allah yang menggerakkan hati mereka untuk memberikan kemudahan ini."
Kalau dia jawab semula " Tapi itu kan duit BN, kenapa ambik?"
Saya akan cakap "Duit kerajaan itu duit rakyat, kerajaan hanya menguruskan. Faham? Atau awak ini terlalu bodoh untuk faham? Kita pilihlah mana-mana kerajaan pun. Duit yang ada semuanya hak kita. Kalau kerajaan baru tak beri, kita tuntut beramai-ramai."
Susah nak berurusan dengan mereka yang berkepala otak 'dunia' ni.


.jpg)
